• Main
  • News

Majlis Persaraan Pn Rohaya Binti Bujang Seindah Kenangan

Majlis Persaraan Pn Rohaya Binti Bujang Seindah Kenangan

🌸 MAJLIS PERSARAAN PN. ROHAYA BINTI BUJANG 🌸

Seindah Kenangan, Seharum Ingatan… ✨

📅 30 April 2026 (Khamis)
🕥 10.30 pagi
📍 Dewan Sekolah

Setelah lebih dua dekad menabur bakti sejak tahun 1999, tibalah saat untuk kami melepaskan seorang insan yang sangat berjasa…

Pn. Rohaya binti Bujang bukan sekadar seorang guru, tetapi seorang pendidik yang penuh kasih sayang, sabar dan dedikasi dalam membentuk generasi demi generasi di SK Peringgit. 💖

Segala pengorbanan, tunjuk ajar dan keikhlasan yang dicurahkan tidak akan pernah terbalas, namun akan terus terpahat dalam ingatan kami semua.

Pergimu bukan pengakhiran, tetapi satu permulaan kepada fasa kehidupan yang lebih indah. 🌷

Selamat bersara Pn. Rohaya…
Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan berpanjangan dan dipermudahkan segala urusan. 🤲

Terima kasih atas segala jasa dan khidmat bakti. 💐

Ikhlas daripada,
Warga SK Peringgit 🤍


About Us