• Main
  • News

???????? KLINIK PENGGALAKAN SUKAN BOLA TAMPAR SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH MELAKA TENGAH ????????

Pada 19 Mei 2026 (Selasa), Sekolah Kebangsaan Peringgit telah menjadi tuan rumah bagi Klinik Penggalakan Sukan Bola Tampar Sekolah Rendah Peringkat Daerah Melaka Tengah yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang anjuran Jabatan Pendidikan Melaka & PPD Melaka Tengah. ✨

Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat, meningkatkan kemahiran asas permainan bola tampar serta memupuk semangat kesukanan dan disiplin dalam kalangan murid sekolah rendah. ????????

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah menunjukkan semangat, komitmen dan kerjasama yang amat membanggakan dalam setiap aktiviti dan latihan yang dijalankan. ????????

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini khususnya pihak penganjur JPN dan PPD Melaka Tengah, jurulatih, fasilitator, guru-guru serta para peserta. Semoga program seperti ini dapat terus melahirkan atlet muda yang berpotensi dan cemerlang pada masa hadapan. ????

#SKPeringgit
#BolaTampar
#KlinikPenggalakanSukan
#MelakaTengah
#BerlatihBerdisiplinBerprestasi


About Us

Read More