???? LATIHAN KEBAKARAN 1/2026 ????
???? 25 Jun 2026 (Khamis)
Alhamdulillah, Latihan Kebakaran 1/2026 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar melibatkan seluruh warga SK Peringgit.
Latihan ini bertujuan meningkatkan tahap kesiapsiagaan murid, guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan. Selain itu, latihan ini turut memberi pendedahan tentang tatacara pemindahan bangunan yang betul, teratur, pantas dan selamat sekiranya berlaku kebakaran atau bencana.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua warga sekolah atas kerjasama serta disiplin yang ditunjukkan sepanjang latihan dijalankan. Semoga usaha ini dapat memupuk budaya keselamatan dan memastikan semua warga sekolah sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
"Sedia, Peka dan Selamat." ????
#SKPeringgit #LatihanKebakaran #25Jun2026 #SekolahSelamat #KeselamatanTanggungjawabBersama #MalaysiaMADANI