???? CERAMAH ANTI BULI SK PERINGGIT
????️ “Buli Bukan Jalan Penyelesaian!”
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Ceramah Anti Buli anjuran Unit Hal Ehwal Murid (HEM) dan Unit Kaunseling SK Peringgit pada 9 Julai 2026 (Khamis).
Ceramah telah disampaikan oleh Sarjan Mejar Zainudin bin Mohamad daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran murid tentang bahaya buli, kepentingan saling menghormati, memupuk nilai empati serta membina persekitaran sekolah yang selamat, harmoni dan bebas daripada sebarang bentuk buli.
Semoga segala ilmu dan nasihat yang dikongsikan menjadi panduan kepada semua murid untuk sentiasa mengamalkan sikap hormat-menghormati, berani berkata TIDAK kepada buli serta menjadi rakan yang prihatin dan bertanggungjawab.
???? Bersama Hentikan Buli, Cipta Sekolah Selamat!
???? Jom Jadi Kawan, Bukan Lawan!
#SKPeringgit #CeramahAntiBuli #HentikanBuli #SekolahSelamat #BuliBukanJalanPenyelesaian #UnitHEM #UnitKaunseling #MalaysiaMADANI