Hari Keusahawanan & Nature Fun Run Peringkat Negeri Melaka
???? Hari : Sabtu
???? Tarikh : 25 Julai 2026
???? Tempat : SK Peringgit
Alhamdulillah, Program Hari Keusahawanan & Nature Fun Run Peringkat Negeri Melaka 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.
Majlis telah disempurnakan oleh Pn. Nur Shafinaz binti Iqbal Mohamed, Pengarah Negeri Melaka, Bank Simpanan Nasional (BSN). Kehadiran beliau telah menyerikan lagi majlis dan memberikan sokongan kepada penganjuran program ini.
Program turut diserikan dengan kehadiran YB Datuk Hajah Kalsom binti Noordin yang sepatutnya menyempurnakan gimik pelepasan peserta Nature Fun Run. Walau bagaimanapun, berikutan hujan lebat yang berterusan dan demi menjaga keselamatan semua peserta, acara Nature Fun Run tidak dapat diteruskan seperti yang dirancang.
Meskipun berdepan dengan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, Program Hari Keusahawanan tetap berlangsung dengan lancar dan meriah. Pelbagai aktiviti seperti gerai jualan, maze challenge, permainan dalam talian dan permainan dalaman berjaya dilaksanakan hasil komitmen serta kerjasama erat daripada guru, murid, ibu bapa, agensi dan para pengunjung.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan serta kerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga semangat kebersamaan, keusahawanan dan permuafakatan yang dipupuk melalui program ini akan terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan warga SK Peringgit.
???? Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberikan sokongan. Semoga kita bertemu lagi dalam program akan datang!
#SKPeringgit #HariKeusahawanan2026 #NatureFunRun #BankSimpananNasional #Melaka #BerusahaBerinovasiBerjayaBersama