• Main
  • News

???? PERHIMPUNAN KOKURIKULUM SK PERINGGIT

????️ 13 Julai 2026 (Isnin)
???? 7.30 pagi
???? Dikendalikan oleh Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)

Perhimpunan Kokurikulum pada pagi ini telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana yang penuh bersemangat dan bermakna. Majlis telah dikendalikan dengan cemerlang oleh pasukan TKRS.

Majlis turut menyaksikan Perasmian Squad Amal PPIM 2.0, yang diharapkan dapat melahirkan murid yang berdisiplin, berakhlak mulia serta sentiasa bersedia berbakti kepada sekolah dan masyarakat.

Turut diadakan ialah penyampaian hadiah dan sijil penghargaan kepada murid-murid yang telah mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai pertandingan dan kejohanan, antaranya:
???? Kem Wira KRS Generasi Madani Peringkat Kebangsaan (TKRS)
???? Majlis Tilawah al-Quran (MTQ) Peringkat Daerah
???? Pertandingan Battle of Sudoku Peringkat Negeri
???? Kejohanan Gimnastik Artistik Peringkat Negeri

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah atas kejayaan yang membanggakan. Semoga kecemerlangan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SK Peringgit untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam bidang kokurikulum, akademik dan sahsiah.

Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Perhimpunan Kokurikulum kali ini!

#SKPeringgit #PerhimpunanKokurikulum #TKRS #PPIM #SquadAmalPPIM20 #KokurikulumCemerlang #AnakYangBaikLagiCerdik


About Us

Read More