• Main
  • News

???? PENYAMPAIAN HADIAH & SIJIL PENGHARGAAN SEMASA PERHIMPUNAN RASMI????

???? Isnin | 3 Ogos 2026
???? 7.30 pagi

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah menerima hadiah dan sijil penghargaan semasa Perhimpunan Rasmi SK Peringgit bagi program-program berikut:

???? Pertandingan Sekolah Lestari
???? Pertandingan Keceriaan Kelas Mingguan
???? Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat kepada semua murid untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan, memupuk nilai murni, menjaga kebersihan serta keceriaan sekolah, di samping mengamalkan budaya saling membantu dan bekerjasama.

Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada semua guru, jawatankuasa dan warga sekolah yang sentiasa memberikan komitmen dalam menjayakan setiap program yang dianjurkan.

✨ Tahniah kepada semua penerima! Teruskan melakar kejayaan demi kecemerlangan SK Peringgit.

#SKPeringgit #PerhimpunanRasmi #SekolahLestari #KeceriaanKelas #PembimbingRakanSebaya #Tahniah #AnakYangBaikLagiCerdik


About Us

Read More