• Main
  • News

???? SEKALUNG TAHNIAH PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2025 ????

Warga SK Peringgit merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada guru-guru & AKP yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025.

???? Senarai Penerima APC 2025
✨ Hidayahtul Hasanah binti Baharudin
✨ Faridah binti Abu Bakar
✨ Nor Azura binti Omar
✨ Norazlinda binti Mohamad Nor

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berintegriti dan penuh dedikasi dalam mendidik serta membentuk generasi masa hadapan.

Terima kasih atas segala komitmen, pengorbanan dan jasa yang telah dicurahkan demi kecemerlangan SK Peringgit. Semoga terus melakar lebih banyak kejayaan dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah.

???? Sekalung tahniah dan selamat maju jaya. Teruskan berbakti dengan penuh iltizam demi kecemerlangan pendidikan.

“Guru Berkualiti, Pendidikan Berkualiti.”

#TahniahAPC2025 #APC2025 #SKPeringgit #GuruCemerlang #AKPCemerlang #MalaysiaMADANI


About Us

Read More