???? ALHAMDULILLAH… TAHNIAH SK PERINGGIT! ????
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kejayaan SK Peringgit meraih ANUGERAH EMAS (GOLD) dalam Hari Inovasi Kebangsaan @ Melaka 2026 bagi Kategori Sekolah Rendah yang telah berlangsung pada 6 Ogos 2026 di Universiti Multimedia (MMU), Kampus Melaka.
Kejayaan yang amat membanggakan ini merupakan hasil usaha, komitmen dan kerjasama yang cemerlang daripada guru pembimbing serta murid-murid yang telah mewakili sekolah.
Guru Pembimbing:
???????? Cikgu Amir Zulkhapizat bin Ahmad Bangi
Murid-murid:
???? Muhammad Aiman Firdaus bin Alinoor (4 Delta)
???? Muhammad Uwais Mikhail bin Mohd Fedzuwan (4 Delta)
???? Muhammad Shahkirin Haziq bin Muhamad Syukri (4 Delta)
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SK Peringgit untuk terus melakar kecemerlangan dalam bidang inovasi, kreativiti dan pendidikan.
Setinggi-tinggi tahniah kepada guru pembimbing, murid-murid serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan doa. Semoga SK Peringgit terus mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
#SKPeringgit
#AnugerahEmas
#HariInovasiKebangsaan2026
#Melaka2026
#InovasiPendidikan
#BanggaSKPeringgit