???????? MAJLIS PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN KALI KE-69 TAHUN 2026 ????????
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan Kali Ke-69 Tahun 2026 Peringkat SK Peringgit pada 17 Ogos 2026 bertempat di Dataran Perhimpunan SK Peringgit.
Majlis ini diadakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme, memupuk rasa cinta akan tanah air serta menghayati erti kemerdekaan dalam kalangan warga sekolah. ????????❤️
Pelbagai pengisian dan aktiviti menarik akan dilaksanakan sepanjang Bulan Kemerdekaan bagi menyemarakkan lagi suasana sambutan kemerdekaan di sekolah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru, staf dan murid yang telah bersama-sama menjayakan majlis ini.
Semarakkan Merdeka, Hayati Erti Kemerdekaan! ????????✨
#SKPeringgit
#BulanKemerdekaan2026
#KaliKe69
#SemarakMerdeka
#MalaysiaMADANI
#JiwaMerdeka